-----------------------------------------
Visit our weblog: www.SatuJutaIdea.com
-----------------------------------------

Wednesday, November 19, 2008

Bahulu Salwa Pelbagai Perisa

"Bahulu Salwa bukan sahaja digemari kerana keenakan rasanya, namun ia juga boleh diperoleh dalam pelbagai perisa iaitu asli, oren, pandan, cip coklat dan strawberi."

Di negeri Kedah, jenama Bahulu Salwa yang diusahakan oleh Ismazuha Enterprise bukan satu nama asing kepada penggemar kuih tradisional tersebut.

Menurut Ketua Pengarah Ismazuha Enterprise, Noor Zuhhada A. Rahman, 28, sejarah pengeluaran kuih Bahulu Salwa bermula kira-kira 15 tahun lalu apabila ibunya, Hasnah Salleh, 60, berusaha menghasilkan kuih berkenaan secara kecil-kecilan di rumahnya di Kampung Batu 19, Kubur Panjang, Pendang.

Sehingga kini, menurutnya, perusahaan Bahulu Salwa melibatkan tiga cawangan iaitu di tempat asal di Batu 19 Kubur Panjang, Pendang; di Jalan Datuk Kumbar dan di ruang legar Segar Mart Jabatan Pertanian Kedah, Jalan Kuala Kedah di sini.

"Syarikat kami mempunyai 13 pekerja di tiga cawangan berkenaan dengan mengeluarkan kira-kira 1,200 peket atau 12,000 kuih baulu sehari.

Semasa musim perayaan dan keramaian, permintaan turut bertambah sehingga pekerja sambilan turut diambil, manakala tempoh pengeluaran dilanjutkan."

Pelanggan yang ingin membuat tempahan Bahulu Salwa boleh mengunjungi syarikat Ismazuha Enterprise di ruang legar Segar Mart Jabatan Pertanian Kedah, Jalan Kuala Kedah dari pukul 8.30 pagi hingga 6.30 petang.

Mereka juga boleh menghubungi Isma di talian 019-5464886 atau Zuha di 019- 4934192.

Sumber: Utusan Malaysia Online

No comments:

 



Copyright © 2008-2009 MDAM_AM. All rights reserved.