-----------------------------------------
Visit our weblog: www.SatuJutaIdea.com
-----------------------------------------

Saturday, November 15, 2008

Kraf Tanah Liat

"Semua produk yang dikeluarkan di Terusi Art Studio dibuat dengan hasil tangan sendiri dan setiap satu rekaan produk itu adalah eksklusif dan tersendiri terutama dari segi motif."

Tanah liat turut mempunyai kelebihan dan boleh dijadikan pelbagai barang kegunaan harian seperti barang perhiasan rumah dan aksesori perhiasan diri.

Kelebihan tanah liat ini tidak disia-siakan pemilik Terusi Art Studio, Mohd Fauzi Mohd Tahir.

Bagi menaikkan martabat tanah liat, beliau menghasilkan pelbagai barangan seperti perhiasan dinding, pasu dan arca untuk hiasan dalaman rumah selain bekas pembakar minyak aroma untuk kegunaan spa.

"Produk berasaskan tanah liat bukanlah sesuatu yang baru dalam industri hiasan dalaman, tetapi pengeluaran produk seperti itu sebagai satu penghargaan terhadap keindahan ciptaan Tuhan yang boleh digunakan manusia sepenuhnya.

Malah, kita boleh mengangkat martabat tanah liat sebagai barang perhiasan diri yang lebih artistik dan berharga."

Produk hiasan dalaman dan perhiasan diri Terusi Art Studio boleh didapati pada harga menarik mengikut rekaan dan saiz.

INFO: Terusi Art Studio
Lokasi: Studio Pena, Jalan Dewan Bahasa
Produk utama: Barang hiasan dalaman dan batu rantai
Bahan utama: Seramik
Harga: Antara RM10 hingga RM500

Sumber: Berita Harian Online

1 comment:

diyanordin said...

memang banyak idea dia...

Saya dari blog saya tadi. Diyanordin life's... Ada comment awak dan terus je bloghopping ke sini.

:D.. utk yg nk buat business mmg blh dpt idea dr sini

 



Copyright © 2008-2009 MDAM_AM. All rights reserved.