-----------------------------------------
Visit our weblog: www.SatuJutaIdea.com
-----------------------------------------

Sunday, November 23, 2008

Siswazah Penternak Landak

"Semangkuk sup daging landak mampu mencecah RM10 dan pasaran daging segar mencecah RM60 sekilogram."

Landak merupakan haiwan eksotik dan dilindungi Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan). Menangkap, memelihara dan menjual daging landak memerlukan lesen dan permit khas.

Syarikat perkongsian 7 siswazah Universiti Putra Malaysia (UPM), Bahtera Ternak, sudah memulakan ternakan landak awal tahun 2008. Mereka bertekad mempopularkan ternakan landak sebagai industri baru dan hidangan berkhasiat pada masa akan datang.

Dengan modal awal sebanyak RM120,000, mereka yang berkelulusan dalam pelbagai bidang termasuk arkitek dan pertanian menaruh azam yang kuat untuk menjayakan projek tersebut. Mereka membuka kawasan ternakan seluas 0.8 hektar (dua ekar) di Kampung Kapal, Lenggeng, Negeri Sembilan.

“Berdasarkan kajian kami dan bantuan Perhilitan, daging landak mempunyai khasiat pemakanan yang tinggi,’’

Harga daging landak menjadi tinggi kerana ia dikatakan mendapat tempat di pasaran Hong Kong, China, Singapura dan Thailand. Berdasarkan faktor-faktor tersebut, pihaknya yakin ia mempunyai prospek cerah untuk dimajukan.

Pengurusan ternakan landak tidak terlalu rumit. Landak diberi makan pisang, ubi kayu, buah kelapa sawit, sayur, rumput serta hampas kacang soya serta makan pelet sekali sekala. Ternakan landak ini diberi makan dua kali sehari.

Menurut Pengarah Bahtera Ternak, Nurul Azam Haron, mereka yakin jika industri ternakan landak berjaya dilaksanakan, maka daging landak akan lebih popular.

“Kami akan memasarkan daging landak ini sekiranya ternakan mencapai lebih 100 ekor dan menyasarkan jumlah sehingga 1,000 ekor dalam jangka panjang,’’ ujarnya.

Syarikat tersebut boleh dihubungi di talian 012-2132401.

Sumber: Utusan Malaysia Online

INFO:
- Daging landak manis dan lembut, kadangkala rasanya seperti daging arnab.
- Ternakan landak adalah dibolehkan dan daging landak juga tidak diharamkan oleh agama Islam.
- Lesen khas daripada Perhilitan diperlukan untuk menangkap landak pada kadar yang ditetapkan.

1 comment:

raja farip shah said...

salam saya farid saya amat berminat tentang artikel yg telah tuan keluarkan berkenaan landak, jadi saya ingin menimba ilmu dari pihak tuan berbagai cara termasuk peyembelihan landak bagaimana.. boleh tunjuk ajar saya. terima kasih ..

 



Copyright © 2008-2009 MDAM_AM. All rights reserved.