Selain cendawan tiram kelabu yang popular sekarang, cendawan lain yang tidak kurang mendapat tempat di kalangan pengusaha tanaman tersebut ialah shiitake.Buktinya, seorang doktor perubatan dan keluarganya berjaya mengusahakan tanaman tersebut di Gunung Jerai, Kedah sejak 1985 lagi.
Doktor perubatan terbabit, Dr Shirley Ooi,35, berkata, bapanya, Ooi Chooi Liang, adalah individu yang bertanggungjawab menggerakkan industri tanaman tersebut sedangkan pada masa itu, tidak ramai berminat dengan tanaman cendawan.
Mereka memulakan perusahaan tersebut dengan modal RM50,000 daripada simpanan sendiri. Ketika itu, sebagai permulaan bapa saya menanam 15 spesies cendawan termasuk cendawan brazil, butang dan oyster.
"Bagaimanapun, orang Malaysia tidak minat tanam cendawan ketika itu dan bapa saya hampir putus asa,"
Tidak lama selepas itu, bapanya mengambil keputusan untuk memberi tumpuan kepada spesies shiitake selain butang.
Selepas berkhidmat sebagai doktor di Kanada, Dr Shirley kembali ke tanah air untuk meneruskan projek tersebut bersama bapanya dan nasib mereka bertambah baik apabila salah seorang anggota keluarga mereka bersetuju melabur RM1 juta pada 2005.
Menurutnya, pengeluarannya hasil ladangnya kini mencecah 150 kilogram sehari dan ia banyak dipasarkan ke pasar raya-pasar raya besar.
Pada masa sama, beliau juga memanfaatkan media tanaman cendawan tersebut untuk menghasilkan baja kompos.
Baja tersebut digunakan untuk tanaman 25 jenis sayur-sayuran yang turut diusahakannya seperti brokoli di kawasan tersebut.
Selepas sekian lama, beliau bercadang mengembangkan perusahaan tersebut kepada bioteknologi berkaitan farmasutikal dengan memanfaatkan sebatian lentinan tersebut.
Kawasan ladang tersebut yang kini beroperasi atas nama syarikat AgroBio Future berkeluasan 10 ekar menjadi bukti kesungguhannya menceburi bidang pertanian selepas meninggalkan kerjaya sebagai doktor.
INFO:
- Berdasarkan statistik 2005, seorang penduduk negara ini makan hanya 324 gram setahun dengan keperluan sebanyak 8,424 tan setahun.
- Jabatan Pertanian menyasarkan penggunaan cendawan sebagai makanan sebanyak dua kilogram setahun.
- Cendawan shiitake lebih kejap daripada segi teksturnya, tidak renyuh, tidak berbau dan rasanya juga macam daging serta mempunyai nilai perubatan.
Sumber: Utusan Malaysia Online
Satu kepercayaan yang sentiasa dipegang usahawan, Rohayati Ayub, yang juga merangkap tenaga pengajar yang sudah mencecah usia 45 tahun ini, setinggi mana kejayaan yang diraih pasti bermula dari langkah yang satu.
SETIAP kali menyertai pertandingan di luar negara, Kasmin Mirun, 64, bersama dua lagi anaknya Izani, 32 dan Izamzuri, 26, akan pening kepala kerana terpaksa berhadapan masalah saiz wau yang besar.
Kunjungan ke daerah Pengkalan Hulu jika dilakukan pada musim buah-buahan, pastinya akan memberikan keseronokan sebaik terpandang pokok yang ‘meriah’ dengan buah-buahan.
Aroma mewangi, bentuk sederhana, tidak melekit serta keenakan rasa merupakan ciri-ciri yang menjadikan apam daun rambai atau lebih dikenali sebagai apam Johol begitu popular di Negeri Sembilan.
Perwatakan dan gaya istimewa ayam serama menyebabkan Ahmad Fauzi Mohamed, Pengarah Urusan Serama Corporation Sdn Bhd, jatuh cinta kepada ayam terkecil di dunia itu.







Perjalanan hidup usahawan ini yang terbabit dalam perniagaan berkonsep pemasaran pelbagai peringkat (multi level marketing atau MLM) mampu memberi inspirasi kepada generasi muda.





PERUBAHAN zaman menyebabkan masyarakat meminggirkan banyak daripada amalan budaya tradisi.












The first time Simon Gongora saw a videoconference over the Internet, he was hooked. He was running a business that hired out medical translators to hospitals so that non-English-speaking patients could converse with doctors. With Internet video, he realized, his translators could work remotely with a far wider range of hospitals - giving him an edge over competitors.


