Pasu lama jangan dibuang sebaliknya disimpan untuk dihias semula.Rupa yang kusam pun kembali menawan andai ditambah hiasan sampingan seperti manik dan riben di samping jambangan ranting serta bunga tiruan sebagai penyeri.
Pemilik butik pengantin, De Ams' Ree, Amran Shamsudin dan Mohd Nazri Arshad berkongsi ilham menukarkan bekas terbuang menjadi hiasan tumpuan sudut dan penjuru.
"Bekas ini sebenarnya tempayan kecil yang menadah air terjun mini namun sudah lama rosak. Daripada dibuang, saya fikir elok dijadikan sebahagian hiasan landskap."
"Saya serikannya dengan manik butir dan jurai sebelum merimbunkannya dengan ranting dan jambangan orkid."
Hubungi Amran:
017-6760142 atau 019-3400411
INFO:
De Ams' Ree turut menyediakan perkhidmatan tempahan pelamin, dewan, gubahan dan hantaran, solekan dan andaman, busana pengantin, kad kahwin, katering selain mendapatkan khidmat rundingan majlis perkahwinan.
Sumber: Berita Harian Online

No comments:
Post a Comment