-----------------------------------------
Visit our weblog: www.SatuJutaIdea.com
-----------------------------------------

Thursday, April 16, 2009

Gubahan Pasu Kaca ROMANTIKA

"Pasu atau balang kaca sering muncul sebagai pelengkap bunga-bungaan bagi menyerikan bilik atau ruang tertentu atau apa saja dalam menyerlahkan dekorasi menarik."

Syarikat berasaskan barangan dekorasi dan gubahan, Romantika Sdn Bhd, menghasilkan sesuatu yang menarik buat penggemar seni gubahan bunga dengan menjadikan pasu atau balang kaca dihias penuh tarikan.

Menurut Pengurus Besarnya, Pinkie Wong, kebanyakan barangan yang melatari kedainya diilhamkan dengan penuh harmoni sesuai dengan cita rasa semasa yang sukakan ala Inggeris.

"Dalam menimbulkan aroma atau perasaan segar di rumah, tentunya warna berperanan penting menentukan penghuni atau tetamu berasa tenang. Bukan hanya melihat persekitaran perabot bahkan seluruh penataannya memberi rasa tenang kepada semua," katanya.

Pinkie berkata, terdapat ribuan jenis produk yang ditampilkan sebagai sandaran penting pelanggan dalam memenuhi cita rasa mereka yang suka sentuhan yang diperkatakan.

"Terdapat pelbagai jenis bunga-bungaan dan pasu kaca menarik yang boleh dipelbagaikan dari segi cara hiasannya."

"Ada yang memasukkan bunga tiruan atau segar dengan hanya memasukkannya ke dalam balang atau pasu. Itupun sudah memadai dan dilihat amat menarik."

"Selain itu, mereka yang sukakan gaya moden Inggeris boleh memasukkan bunga potpuri atau lilin cantik ke dalam balang atau pasu."

"Sentuhan jemari sendiri pada balang atau pasu kaca akan memberikan makna lebih mendalam kepada penghiasnya," katanya.

Syarikat yang beribu pejabat di Plaza Alam Sentral, Shah Alam itu mempunyai enam lagi cawangan termasuk di:
> Amcorp Mall, Petaling Jaya
> Mukim Ampang berhampiran Hotel Flamingo
> Wangsa Maju
> Bandar Baru Bangi
> Metro Point Complex Kajang
> Plaza Angsana Johor Bahru

Sumber: myMetro

No comments:

 



Copyright © 2008-2009 MDAM_AM. All rights reserved.