-----------------------------------------
Visit our weblog: www.SatuJutaIdea.com
-----------------------------------------

Wednesday, April 8, 2009

Pembuatan Parang Tradisional Bajau

"Nenek moyang kami pernah berpesan supaya pembuatan parang dipertahan dan disesuaikan dengan keadaan semasa yang dengan sendirinya membuktikan semua pembaharuan yang dilakukan tidak bertentangan dengan prinsip mereka asalkan tidak mengubah motif parang, sarung dan hulu."

Parang tradisional Bajau diakui mempunyai seni ukiran estetika tinggi nilainya mencakupi parang, sarung dan hulu.

Uniknya, pembuatan parang diwarisi secara turun temurun daripada nenek moyang seperti yang diakui seorang pengusaha peralatan itu, Ramlan Salon, 54, dari Kampung Siasai Jaya, Kota Belud.

Parang Bajau merangkumi pelbagai nama mengikut bentuk, ukiran, saiz dan lazimnya diperbuat daripada besi spring kereta, galas bebola kereta dan rantai mesin gergasi. Rantai mesin gergasi dikategorikan sebagai parang kelas satu dan terbaik dalam semua jenis besi.

Sarung dan hulu parang pula diperbuat daripada pokok tempatan Sabah dikenali ‘getis’, ‘baruk’ dan ‘rengas’, selain acasia magium atau dalam bahasa tempatan, ‘kayu sapuda’.

"Teknologi moden ini tidak menghakis kesenian dan keindahan parang Bajau kerana reka bentuk dan ukiran masih dikekalkan, cuma ia menerima impak sains, teknologi dan inovasi menepati perkembangan semasa."

"Motif ukiran seperti ‘sarimpak’ (mahkota), ‘tanjak’ (tengkolok) dan ‘lemba’ serta ‘selisir’ (tenunan tradisi Bajau) mempunyai kaitan rapat dengan kebudayaan, kesenian dan warisan masyarakat Bajau. Ia masih dikekalkan."

"Saya tidak pernah menyesal menjadi pembuat parang tradisional Bajau biarpun ketika ini peralatan itu bukan lagi senjata penting untuk menuntut kemerdekaan tanah air, sebaliknya saya bangga kerana dapat mempertahankan warisan nenek moyang."

Parang dijual pada harga dari RM50 sehingga RM500 sebilah bergantung kepada panjang, kualiti sarung dan jenis besi serta kayu untuk membuat parang, sarung dan hulu.

Sumber: Berita Harian Online

No comments:

 



Copyright © 2008-2009 MDAM_AM. All rights reserved.