-----------------------------------------
Visit our weblog: www.SatuJutaIdea.com
-----------------------------------------

Tuesday, April 7, 2009

Usahawan Itik Telur

"Segala-galanya bermula pertengahan tahun 2008, selepas kira-kira tiga bulan menamatkan kursus, beliau mendapati ternakan itik telur berpotensi dikembangkan di negeri Kelantan, walaupun pada awalnya mempelajari bidang ternakan lembu dan kambing."

Sejak mula menceburi ternakan itik telur spesies Khaki Campbell mulai pertengahan Ogos 2008, lulusan Institut Veterinar Kluang, Johor, Mohd Asyrafuddin Mohd Ghazali, 24, kini mampu berbangga apabila lebih 600 itik telur peliharaannya, memberi pulangan bersih antara RM2,000 hingga RM3,000 sebulan hasil jualan telur segar dan masin.

Ketika anak muda sebayanya yang lain masih tercari-cari pekerjaan sesuai dan sesetengahnya dilanda musibah akibat kehilangan pekerjaan kerana kegawatan ekonomi, Mohd Asyrafuddin sedang melangkah jauh dalam usahanya menternak itik telur apabila turut dipilih oleh kerajaan untuk membantu penduduk miskin negeri ini mengubah kehidupan mereka dengan ternakan itik.

"Saya belajar ternakan lembu dan kambing, tetapi selepas belajar, saya dapati ternakan itik lebih berpotensi untuk dikembangkan sebagai perniagaan kerana mudah dan murah."

"Selepas berbincang dengan keluarga, saya mencari sendiri bekalan itik di Perak dengan membeli kira-kira 500 itik dewasa dan 100 anak itik untuk memulakan perusahaan ini atas tanah seluas kira-kira 0.4 hektar yang disewa."

"Selepas kira-kira tiga bulan, itik yang diternak ini mula mengeluarkan hasil, membolehkan saya mengutip kira-kira 400 biji telur sehari yang dijual sebagai telur segar dan diproses sebagai telur masin menerusi peniaga pasar sekitar Wakaf Bharu, Kota Bharu dan Tumpat,"

Telur itik segar dijual borong pada harga 40 sen sebiji, manakala 58 sen sebiji bagi telur masin yang dihasilkannya sendiri di pusat ternakan itik miliknya itu, membolehkan beliau memperoleh pendapatan bersih antara RM2,000 hingga RM3,000 sebulan.

Selepas lapan bulan berlalu, permintaan terhadap telur itik yang diusahakannya semakin meningkat dan keadaan itu mendorongnya kini menambah bilangan ternakan itik yang diternaknya itu sebanyak 4,400 ekor lagi yang akan diterimanya dalam tempoh terdekat.

"Semua itik ini mampu menghasilkan telur sehingga usia tiga tahun sebelum disembelih untuk jualan daging segar. Semua itik ini saya beri makan dua kali sehari bermula jam 6 pagi sambil mengutip telurnya dengan kira-kira 100 butir diproses sebagai telur masin."

Anak muda berjiwa besar itu kini dijadikan contoh usahawan muda dan dilantik oleh Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPP) Kelantan sebagai Mentor Program e-Kasih anjuran Kerajaan Pusat bagi membantu keluarga penduduk miskin negeri ini yang berminat menceburi ternakan itik telur itu.

Sumber: Berita Harian Online

3 comments:

Anonymous said...

salam..boleh kongsi idea dgn sy..sy berminat utk menternak itik.tapi sy nak mulakan dgn itik dewasa ianye tak la lama utk menunggu utk bertelur..boleh sy dapat kan itik dewasa dimana...hubungi sy 019-383 3847 atau email kt saya khairi_united@yahoo.com. t,kasih.

zharif said...

salam..wow...saya sgt tertarik...saya dr UMK,Pengkalan Chepa..kami ingin memulakan business ni di university,boleh tak kalu En boleh berkongsi sdikit idea,pengalaman untuk memulakan business kami di sini..kalau bersetuju hubungi saya 019-9676469 atau email zharif020290@gmail.com...sekian,Terima kasih..

Anonymous said...

kami ada bekal anak itik telur

 



Copyright © 2008-2009 MDAM_AM. All rights reserved.