-----------------------------------------
Visit our weblog: www.SatuJutaIdea.com
-----------------------------------------

Monday, June 29, 2009

Perabot Terpakai REMLEY ENTERPRISE

"Kami menghantar barangan ini ke seluruh negara. Kebanyakan mereka (pelanggan) adalah anak-anak Kelantan yang tinggal di negeri lain dan pulang ke kampung halaman pada musim cuti."

"Perabot yang ada di sini termasuklah set bilik tidur seperti katil dan almari baju, set sofa, alat dan perkakasan pejabat serta perhiasan rumah yang lain.

"Kami juga menjual pintu terpakai," jelas Pengarah Remley Enterprise Sdn. Bhd., Remley Mohd. Nor, 47.

Melihat lot kedai berupa gudang yang dikelilingi lori serta treler itu, tidak mustahil ramai akan menyangka ia sebuah woksyop.

Malah, didahului dengan kepingan pintu kayu pelbagai corak dan bentuk bersandar pada dinding bangunan utamanya, mungkin ada yang memikirkan ia sebuah kilang menghasilkan pintu kayu.

Namun, seraya melangkah masuk ke lot itu, orang ramai dihidangkan dengan pemandangan perabot sejauh pandangan mata. Ia umpama sebuah gudang yang besar.

Membelek perabot-perabot yang ada, ternyata kebanyakannya masih dalam keadaan baik dan terjaga.

Set sofa putih yang diperbuat daripada rotan menarik perhatian kami. Bukan saja masih kukuh, ia dicat semula menjadikannya kelihatan seperti perabot baru.

Almari tempat menyimpan peti televisyen yang diperbuat daripada kayu cengal juga menonjolkan sifat tegapnya. Walaupun kelihatan agak lama, kualitinya tetap jelas di pandangan.

Tidak kurang menariknya barangan antik, daripada katil bertiang sehinggalah kepada jam 'datuk' binaan kayu berukir. Almari lama yang memiliki bentuk dan nob pintu yang signifikan juga tampak asli.

"Barang-barang yang ada di sini adalah yang terpilih. Kami memastikan keadaannya cukup baik untuk dijual semula.

"Jika ada yang memerlukan pembaikian, kami usahakan sendiri. Kami mempunyai tukang kami sendiri," jelas Remley yang berasal dari Tok Uban, Kelantan.

Katanya, jika barangan terpakai itu terlalu teruk keadaannya, beliau sendiri tidak akan mengambilnya.

Menurut Remley, barangan tersebut diimport dari Singapura. Malah, katanya, perniagaan itu dimulakan hasil pemerhatiannya sewaktu berulang alik dari Singapura ke Johor.

"Perniagaan teras syarikat ini ialah pengangkutan kargo. Jadi kami memiliki treler kontena, lori tiga tan dan satu tan yang berulang alik dari Johor dan Singapura.

"Di antara masa itu kami menemukan peluang untuk mengusahakan perniagaan ini," katanya sambil menambah beliau bermula sebagai seorang pemandu lori jarak jauh.

Lori kecil satu tan digunakan untuk mengangkut barangan bundle daripada kualiti terbaik, manakala lori tiga tan dan ke atas untuk membawa masuk barangan yang kualitinya masih dalam keadaan baik tetapi memerlukan pembaikian.

Remley menerangkan, beliau hanya mengambil untung 10 peratus daripada harga barang yang dijual.

Sumber: Kosmo! Online

4 comments:

Anonymous said...

salam... dimana saya boleh dapatkan alamat dan no tel en Ramley.
plse mail to : nice2link@yahoo.com

Anonymous said...

Macamana saya nak contact pakcik Remley?

jiHAN said...

NI KAT MANA NI? BOLE DAPATKAN ADDRESSNYA?

jihan-story.blogspot.com

'Aqilah Najwa Mohd Khalid said...

kalau kami dok area pining,,boleh pos ke perabot2 tu?? encik tau tak klau area pining, di mana bleh kami cari kedai perabot terpakai? terima kasih.

 



Copyright © 2008-2009 MDAM_AM. All rights reserved.