-----------------------------------------
Visit our weblog: www.SatuJutaIdea.com
-----------------------------------------

Wednesday, August 5, 2009

Pemborong Tudung 12 Collection

"Siapa yang tidak kenal dengannya, seorang pemborong tudung yang berjaya dan berhati waja dalam menempuhi cabaran terutamanya dengan pesaing bangsa asing yang kebanyakannya memonopoli pasaran tudung di kawasan Jalan Masjid India."

Perniagaan tudung telah sinonim dengan dirinya sejak 15 tahun lalu. Berniaga di pasar malam adalah tapak kepada kejayaannya.

Berkat kegigihan dan melihat peluang yang cerah dalam dunia perniagaan tudung sementelah tudung adalah pelengkap bagi wanita Islam menutup aurat, maka tanpa berfikir panjang, pemilik 12 Collection, Mohd. Yusof Abd. Manap memilih untuk menjadi pemborong yang lebih menjanjikan pulangan yang lumayan.

Kini, beliau merupakan satu-satunya pemborong tudung Bumiputera yang berjaya di kawasan Jalan Masjid India.

Ribuan pengedarnya berada di seluruh negara malah di luar negara seperti Singapura, Brunei, Hong Kong, Mauritius, Sri Lanka, Maghribi dan United Kingdom yang sentiasa 'hauskan' tudung-tudung yang terkini yang boleh diperoleh di premis 12 Collection.

Mohd. Yusof, anak kelahiran Jalan Klang Lama ini memberitahu, berniaga tudung ini perlu pantas dan mengikut trend tetapi tidak menjejaskan penampilan yang sopan. Sejak kebelakangan ini, keluaran rekaan-rekaan terbaru tudung terlalu cepat seperti goreng pisang panas.

Trend tudung sentiasa menawarkan kepelbagaian rekaan dan corak mengikut cita rasa wanita moden dan remaja yang gemarkan gaya ringkas dan funky.

"Setiap bulan ada sahaja pembaharuan dalam rekaan tudung sehingga kita sebagai pemborong pun tidak terlarat untuk 'mengejarnya'. Mana tidaknya, baru sahaja keluar tudung terkini, esok lusa dah keluar lagi terbaru."

"Adalah tidak memeranjatkan kerana tudung kini bukan sekadar penutup aurat tetapi fesyen yang semakin digilai ramai."

"Sebab itulah pembuat-pembuat tudung berlumba-lumba mengeluarkan tudung yang bukan sahaja menepati penutupan aurat tetapi yang berfesyen dan nampak anggun apabila dipakai."

"Jika dahulu, trend bertudung sekadar melilit sahaja selendang di kepala atau memakai tudung empat segi sama ada bercorak, bersulam, bermanik atau kosong. Tetapi kini semua orang nak cepat dan ringkas. Maka timbul pula tudung sarung atau tudung siap pakai."

"Tudung sarung dan siap pakai ini selalunya diperbuat daripada kain yang tidak perlu digosok. Inilah diperlukan oleh wanita sekarang yang sentiasa ingin cepat dan ringkas," katanya.

"Menurut Mohd. Yusof, sebelum ini wanita Malaysia lebih cenderung mengikut trend fesyen bertudung dari Indonesia yang menggunakan banyak lapisan tudung dan teknik lilitan yang sarat. Hari ini, mereka beralih pada konsep baru."

Situasi ini dapat dilihat khususnya di kalangan golongan remaja yang mula mencari konsep pakaian dan padanan tudung yang ringkas tetapi tampak ranggi dan stailo.

Bukan itu sahaja, bagi memastikan penampilan mereka sentiasa kelihatan segar dan ceria bahagian kepala diberi tumpuan. Lazimnya, mereka akan padankan dengan tudung bercorak abstrak, motif flora atau warna terang.

Katanya, di kedai 12 Collection, hampir 20 jenis jenama tudung boleh diperoleh antaranya seperti Donatella, Dubai, Fareeda, Syria, Bawal, Lycra, Sifon Itali, Sarimah dan Siti.

"Selalunya pengedar akan mengambil pelbagai jenis tudung bagi memenuhi keperluan pelanggan masing-masing. Pilihan 'terpanas' masa kini ialah dari jenis sarung dan ber'awning.'

"Di mana-mana sahaja, inilah trendnya, tidak mengira kanak-kanak, remaja atau dewasa, tudung inilah yang menjadi pilihan untuk menutup aurat.

"Harga bagi tudung sebegini juga ada yang murah, sederhana dan mahal bergantung kepada jenis fabrik dan hiasannya sama ada berbatu swarovski, bermanik dan bersulam," jelasnya yang turut mempunyai empat pusat peruncitan iaitu dua di Jalan Tuanku Abdul Rahman, satu di Melaka dan satu lagi di pusat membeli belah The Mall, Kuala Lumpur.

Bagi yang ingin menjadi pengedar, hanya RM500 diperlukan bagi pembelian wajib.

Sementara itu, seorang pengedar yang ditemui di 12 Collection dari Kota Kinabalu, Sabah, Halimah Harith berkata, trend pemakai tudung di negeri di bawah bayu adalah sama seperti di Semenanjung.

"Justeru itu, hampir setiap bulan saya akan turun ke Kuala Lumpur untuk mendapatkan tudung-tudung terkini supaya wanita-wanita di Sabah tidak ketinggalan."

"Di 12 Collectionlah lokasi pilihan saya untuk mendapatkan pelbagai tudung kerana di sini ibarat seperti pusat sehenti bagi tudung-tudung yang terdapat di pasaran. Sementelah pula, di sini sahajalah kita boleh berurusan dengan pemborong Bumiputera, yang lain semuanya dimonopoli oleh bangsa lain," katanya.

Mempunyai dua buah kedai yang dinamakan Bilqis Boutique iaitu di Kompleks Karamunsing dan Centre Point, Kota Kinabalu, Halimah berpendapat, pasaran tudung mempunyai masa depan yang cerah.

Sumber: Utusan Malaysia Online

5 comments:

ROSLAN KASIM said...

macam mana nak hubungi dia ...teringin nak jadi usahawan jual tudung ..

ADYNAZ said...

saya berminat nak berniaga tudung.mcm mana saya nak hubungi pemborong yg berjaya ni?

Zaharah.com said...

Kami adalah pemborong tudung instant, tudung butang, pusing, tudung dual tone, tudung munawarah, farah . selendang sutera, pashmina, sifon dan macam macam lagi

Harga berpatutan

Kami sedia menerima tempahan bagi tudung design anda sendiri dengan minimal 20 helai sahaja, campur warna.

Sila hubungi kami di 012 7294898 atau layari

http://www.zaharah.com

Sekian

busoq said...

Kami adalah pembekal kain jenis korean lycra gred A pada harga RM12 se ela...jika berminat sila hubungi saya di sabrikifli@digi.my.blackberry.com/webzbiz@gmail.com ataupun di 0129601433/0196246224/0102211974

Bagi pengedar tudung, sila layari HTTP://tudungtudungtudungtudung.blogspot.com untuk melihat design terkini.
Harga sekitar RM 12-RM14 (boleh dirunding).

syiera_hazmi said...

uncle yusof........wah semakin maju perniagaan......uncle kenal sy lagi x???ank kepada en hazmi.....yg kite jmpa time kat kampung ari 2...time raya

 



Copyright © 2008-2009 MDAM_AM. All rights reserved.