-----------------------------------------
Visit our weblog: www.SatuJutaIdea.com
-----------------------------------------

Thursday, September 3, 2009

Baju Kurung Serikapas

"Sempena bulan Syawal yang akan menjelang tidak lama lagi, koleksi Serikapas menawarkan pelbagai jenis baju kurung pesak Riau atau Pahang daripada kain kapas dan linen."

Kain kapas dan linen sememangnya telah dikenali sebagai fabrik yang menyerap peluh dan tidak berbau serta sesuai dipakai dalam cuaca negara kita yang panas.

Selain itu, kelembutan dan ketahanan fabriknya juga tidak boleh ditandingi menyebabkan ia menjadi pilihan bukan sahaja sebagai pakaian kasual tetapi baju tradisional bagi kaum wanita dan lelaki.

Corak-corak menarik serta rekaan yang memikat sering menjadikannya pilihan bagi dipakai semasa di pejabat, majlis makan malam dan hari-hari perayaan.

Menurut pemiliknya, Fadilah Abdul Hamid, mungkin tidak ramai menyukai memakai baju linen kerana fabrik ini mudah berkedut dan sukar dijaga. Tetapi itulah keunikannya.

"Linen terbahagi kepada banyak gred dan gred ini diukur daripada berat fabrik itu sendiri. Lagi ringan fabrik linen, lagi mahal harganya," katanya ketika ditemui di Bandar Sri Damansara baru-baru ini.

Sementara itu tambah Fadilah, kain kapas yang diperbuat daripada pokok kapas juga turut memberi tekstur yang indah sekiranya dibuat pakaian tradisional dan kasual.

"Ia memberi satu potongan yang indah dan anggun bagi si pemakai dan keselesaan yang tidak terkata terutama ketika menghadiri majlis atau berhari raya di rumah sanak saudara."

"Kebanyakan fabrik kapas dan linen yang digunakan untuk baju-baju kurung ini adalah daripada jenis kapas dan linen bermutu tinggi yang diimport dari Itali, Jepun dan Vietnam."

"Selain itu, baju kurung Srikapas mempunyai pelbagai saiz mengikut pilihan iaitu dari XS, S, M, L dan XL bagi dewasa manakala kanak-kanak mengikut usia. Coraknya ada yang berbunga-bunga, berjalur-jalur dan polos. Memang menarik dan pasti membuat seseorang teruja untuk memilikinya," jelasnya.

Adalah tidak lengkap pakaian wanita Muslimah sekiranya tidak bertudung. Sehubungan itu, Serikapas turut menawarkan pelbagai tudung pasang siap yang bergliter, berenda, berlining, bercorak, polos dan berpanel.

Sempena hari raya ini, Serikapas membuka gerai di e-Curve Centre Court, Mutiara Damansara dan One Utama, New Wing selain premis tetapnya di Season Square, Damansara Damai dan Shah Alam.

Serikapas mengalu-alukan sesiapa yang ingin menjadi pengedar boleh hubungi 019-3333058.

Sumber: Utusan Malaysia Online

No comments:

 



Copyright © 2008-2009 MDAM_AM. All rights reserved.