Boboiboy The Movie Pecah Rekod

Filem animasi tempatan, Boboiboy The Movie terus mencatat kejayaan membanggakan dengan kutipan pecah panggung sebanyak RM8 juta selepas 11 hari tayangan di pawa­gam sejak 3 Mac lalu.

Meskipun filem animasi popular Hollywood seperti Zootopia dan Kung Fu Panda 3 turut hangat ditayangkan di pawagam ketika ini, filem terbitan Animonsta Studios itu tetap mengekalkan kedudukan sebagai filem yang mengutip kutipan ter­tinggi pada hujung minggu serta kutipan tertinggi dalam sejarah perfileman tanah air bagi genre itu.

Pengarahnya, Nizam Razak berkata, pihaknya menjangkakan filem tersebut akan berjaya mencapai kutipan sebanyak RM13 juta apabila tamat tayangan di pawagam tempatan tidak termasuk tayangan di luar negara seperti Indonesia yang akan mula ditayangkan pada 13 April nanti.

“Alhamdulillah, walaupun banyak saingan daripada filem-filem animasi luar negara, Boboi­boy The Movie tetap menjadi pilihan penonton di pawagam.

“Apabila ditayangkan di Indonesia April nanti, pastinya ia akan terus mencatat kutipan yang lebih memberangsangkan,” katanya ketika dihubungi Kosmo! semalam.

Sumber: Kosmo! Online

Jalan Cerita

BoBoiBoy menempuh satu pengembaraan teater dalam filem pertamanya, BoBoiBoy: The Movie.

Filem ini membawa BoBoiBoy dan kawan-kawannya ke suatu pengembaraan ke pulau yang penuh misteri yang menempatkan Sfera Kuasa kuno yang lebih tua dari Ochobot dengan pelbagai kuasa.

BoBoiBoy akan berjumpa musuh terkuat beliau, seorang alien pemburu harta yang cuba mengeksploitasi kuasa dari Sfera Kuasa ini untuk kemahuan beliau yang tamak.

Sekarang, ia merupakan perlumbaan antara BoBoiBoy dan alien-alien tersebut untuk mencapai Sfera Kuasa tersebut dan membuka kuasa baru.

Alami tempat baru yang eksotik, penjahat yang belum pernah dilihat dan kuasa baru dari BoBoiBoy.

Sinopsis #BoboiBoyTheMovie

Sekumpulan makhluk asing pemburu Sfera Kuasa bernama Geng Tengkotak telah sampai di Bumi dan menculik Ochobot untuk menggunakan beliau untuk mengesan Sfera Kuasa purba Generasi Pertama iaitu Klamkabot yang bersembunyi di Bumi.

BoBoiBoy dan kawan-kawannya sekarang mesti mengejar masa untuk menyelamatkan Ochobot dan mencari rahsia di sebalik Sfera Kuasa.

Perjalanan mereka akan membawa mereka ke pengembaraan ke tempat mengagumkan yang penuh dengan aksi, komedi dan romantik.

Sumber: Wikipedia