Datuk Dr. Noordin Ahmad Pemilik Baru FC Bari 1908

Pemilik kelab FC Bari 1908 yang baharu, Datuk Dr. Noordin Ahmad bertekad untuk membawa kelab tersebut kembali bersaing dalam kempen Serie A musim depan.


Itu matlamat utamanya selepas tampil selaku pemegang utama saham dalam kelab tersebut yang kini beraksi dalam liga kedua Itali, Serie B.

Kelmarin, jutawan Malaysia itu me­ne­rima tepukan gemuruh daripada ribuan penyokong Biancorossi itu selepas hadir menyaksikan sendiri skuad tersebut mem­belasah Como 3-0 dalam saingan Serie B di Stadium San Nicola kelmarin.

Dr. Noordin yang menyaksikan perlawanan tersebut kagum dengan sambutan hangat peminat-peminat kelab dari selatan Itali itu dan turut memasang impian untuk membawa FC Bari kembali beraksi dalam saingan utama Serie A musim depan.

Ketika ini FC Bari menghuni tangga ketiga Serie B dengan mengumpul 60 mata daripada 36 perlawanan, sekali gus berpeluang untuk mara ke pusingan playoff bagi membolehkan mereka kembali beraksi ke Serie A musim depan.

“Dalam tempoh lima tahun lagi, Bari akan menjadi pasukan terbaik di Itali dan saya percaya dengan semangat ‘Malaysia Boleh’, kita mampu melakukannya kerana tiada apa yang mustahil dalam sukan ini.

“Matlamat saya juga adalah untuk membawa Bari ke saingan Liga Juara-Juara,” kata Dr. Noordin pada sidang media pertama yang dihadirinya sebagai pemilik kelab itu di Bandar Istana Metropolitan, Bari kelmarin.


Dr. Noordin akan menjadi Ketua Eksekutif FC Bari 1908 selepas dikatakan telah membeli 50 peratus saham kelab tersebut. Namun, urusan pengambi­l­a­­lihan secara rasmi dijangka selesai pertengahan bulan Mei depan.

Dr. Noodin akan berada beberapa hari di Itali untuk melakukan tinjauan dengan kelab berkenaan sebelum pulang ke Malaysia dalam waktu terdekat ini.

Dalam pada itu, portal-portal berita Itali melaporkan ahli perniagaan dari Malaysia itu menjadi pemegang saham majoriti Bari selepas membeli 50 peratus saham dengan nilai 12 juta euro (RM52.59 juta) daripada Paparesta, yang sebelumnya memegang 95 peratus kepentingan dalam kelab tersebut.

Baki lima peratus saham merupakan milik Cosmos Giancaspro.

Sumber: Kosmo! Online

INFO:

Football Club Bari 1908 is an Italian football club founded in 1908, they are based in Bari, Apulia and plays in Serie B. The club has spent many seasons bouncing between the top two divisions in Italian football, Serie A and Serie B.

Statistically Bari are the most successful club from the Apulia region, in terms of the all-time Serie A records. They are amongst the elite in Southern Italian football and are ranked 17th in the all-time Serie A records for all of Italy.

Notably they won the Mitropa Cup in 1990. Bari also held the British football transfer record, when it paid £5,500,000 for David Platt in 1991. It was the most expensive fee paid by a foreign club for a British player for four years.


One of the most notable achievements in the club's history was in the 1996 season, when their forward Igor Protti became the top scorer in the Serie A with 24 goals.

The club are known in the wider footballing world for producing Antonio Cassano who was born in Bari, he shone at the club as a youngster.

>>> The third bankruptcy auction was held on the 20th of May 2014 with an asking price for the club of just €2m. A consortium led by former Serie A referee Gianluca Paparesta successfully acquired the club and renamed it to FC Bari 1908. <<<

A strong spell of form towards the end of the season, where the club lost just two of its last 15 Serie B matches, meant that Bari qualified for the 2013–14 Serie B play-offs.

Bari met Crotone in the quarter finals and won 3–0, setting up a clash against Latina, the side that finished 3rd in the regular season.

The first leg of the playoff was a sell out with over 50,000 people attending the match, an incredible achievement considering the club recorded an attendance of less than 1,000 just a few months earlier.

Source: Wikipedia