Havoc Hartanah KL 2016

Tampil berkongsi pelbagai ilmu hartanah dan cabarannya, Havoc Hartanah KL antara program tanggung­jawab sosial yang tentunya menarik perhatian terutama generasi muda.

Terbaru, anda dipelawa menyertai Havoc Hartanah KL yang bakal diadakan di Wisma MCA, Jalan Ampang, Kuala Lumpur pada 16 hing­ga 17 April ini.

Menurut pengasas Havoc Hartanah Rozalina Rahim, program itu diadakan untuk memberi kesedaran kepada generasi muda supaya merancang kewangan dan membuat pelaburan hartanah tanpa dibebani hutang.

“Gaya hidup moden kini membuatkan anak muda lebih bercita rasa mewah hingga mengabaikan pelaburan untuk kehidupan dalam jangka panjang.

“Justeru, anda yang masih keliru, kurang faham atau ingin menambah pengetahuan digalak menyertai Havoc Hartanah KL,” katanya yang juga Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif RE Reconsult PLT.

Menghimpunkan pakar dalam pelbagai bidang hartanah, program berkenaan juga antara platform terbaik buat anda menguruskan kewangan dengan baik.

Pada masa sama Havoc Hartanah KL bertujuan meningkatkan pemilikan hartanah dalam kalangan Bumiputera.

“Inisiatif bual bicara dan perkongsian ilmu harus diadakan termasuk potensi hartanah serta bimbingan mengenainya.

“Jika Havoc Hartanah sebelum ini mendapat sambutan di luar jangkaan, kali ini kami mohon kerjasama generasi muda merebut peluang ini,” katanya.

Beliau juga tidak menafikan majoriti generasi muda tidak mempunyai pengetahuan berkenaan pemilikan harta dan pelaburan.

“Keadaan itu menyebabkan generasi muda kita kurang berminat membuat pelaburan hartanah kerana dikhuatiri membebankan.

“Padahal ia memberikan pulangan memberangsangkan jika kena dengan gayanya,” katanya.

Ketika menemu bual beliau di pejabatnya di Empire Damansara, Damansara Perdana, Rabu lalu, sempat wanita berjiwa kental ini berkongsi beberapa petua menguruskan kewangan untuk membeli hartanah dan hasil daripada sewaan rumah boleh digunakan untuk membeli keperluan lain diingini.

Katanya, pengurusan sedemikian dilihat jalan terbaik memastikan generasi muda memiliki hartanah sendiri termasuk di kawasan bandar mahupun luar bandar.

Pendaftaran boleh dibuat melalui lawan web HavocHartanahKL2016 atau hubungi 0173050308.

Anda juga boleh ‘like’ Havoc Hartanah di Facebook untuk mendapatkan pelbagai panduan mengenai hartanah.

Sumber: myMetro