Jualan Gila-Gila JBR Bundle Banting

Sukar dipercayai namun itulah realitinya apabila setiap barangan daripada seluar jean, baju hingga pakaian kanak-kanak dan wanita dijual pada harga serendah 20 sen hingga RM5.
 

Itu yang ditawarkan JBR Bundle dalam Jualan Mega tiga hari mulai esok hingga Ahad (27 April - 1 mei 2016) di butiknya di Kanchong Darat, Banting.

Sepanjang jualan itu, ribuan pakaian atau aksesori terpakai (bundle), termasuk kasut, beg, baju kanak-kanak, tali pinggang, topi sehinggalah kelengkapan wanita ditawarkan pada harga tidak masuk akal itu.

Barangan sebelum ini dijual pada harga RM18.90 misalnya diturunkan kepada RM5 saja, malah JBR Bundle turut menawarkan potongan 50 peratus kepada produk berjenama.

Selain itu, semua kasut yang ada di premis berkenaan dijual pada harga RM40 sepasang meskipun berlainan jenama, jenis dan harga sebelum ini.

Menariknya, produk yang dijual itu tetap berkualiti membabitkan jenama seperti Levis, Uniqlo dan Men Blue, malah ada antaranya diimport dari Jepun, Australia dan Eropah.

Pemilik JBR Bundle, Abdul Jabbar Bachtiar Nasution, 31, berkata, jualan mega itu memberi peluang kepada orang ramai terutama peminat ‘bundle’ mendapatkan pelbagai barangan pada harga sangat murah.

Selain itu, katanya, ia antara cara untuk menghargai pelanggan yang selama ini banyak memberi sokongan.

Selain jualan pada harga ‘gila-gila’ itu, JBR Bundle turut menyediakan pelbagai aktiviti kepada pengunjung dengan tawaran hadiah menarik.

“Pelanggan yang berbelanja RM50 ke atas, layak menyertai cabutan bertuah dengan hadiah ditawarkan bernilai RM1,600 untuk tempat pertama iaitu hadiah satu ‘bundle’ seluar jean jenama Men Blue Gred A seberat 100 kilogram.

“Tempat kedua baju kanak-kanak ‘Children Cotton Rummage’ (CCR) Gred A bernilai RM550, manakala tempat ketiga selimut 45 kilogram bernilai RM300 sementara 10 hadiah saguhati bernilai RM100 setiap satu,” katanya.


Selain itu, satu lagi acara menarik menanti pengunjung iaitu ‘pecah’ guni ‘bundle’ dengan setiap barangan dijual pada harga RM1 hingga RM5 sehelai.

Abdul Jabbar berkata, dijangka 200 guni ‘bundle’ akan dibuka di depan pelanggan sepanjang tiga hari jualan itu.

“Kita akan bawa ‘bundle’ yang belum dibuka ini di depan pelanggan dan membuka seterusnya pelanggan memilih pelbagai jenis pakaian diminati.

“Acara ini diadakan dua sesi setiap hari iaitu dari jam 5 hingga 6.30 petang pada sesi pertama dan 9 hingga 10.30 malam sesi kedua,” katanya.

Abdul Jabbar berkata, jualan mega itu akan bermula dari jam 2.30 petang hingga 12 tengah malam pada Jumaat, manakala Sabtu dan Ahad dari jam 10 pagi hingga 12 tengah malam.

Katanya, tujuh peratus daripada hasil jualan itu akan didermakan kepada rumah anak yatim terpilih.

Untuk maklumat lanjut orang ramai boleh melayari Facebook dan Instagram JBRBundle atau hubungi talian 013-6295755 atau 017-2808651 (WhatsApp).

Sumber: myMetro