Koleksi Terbaru 2016 Royal Selangor

Pada 2016, Royal Selangor melancarkan Koleksi Musim Bunga 2016 dengan membawa empat tema istimewa iaitu Promessa, Wonderyears, So dan Crystalline.


Pengurus Besar Royal Selangor International Sdn. Bhd, Yong Yoon Li berkata, koleksi itu adalah sebagai detik permulaan baharu bagi memperingati saat-saat terindah dalam hidup.

Katanya, bagi membangkitkan suasana romantik dalam majlis perkahwinan serba indah, Royal Selangor memperkenalkan koleksi Promessa atau janji dalam bahasa Itali.

“Mengambil motif bunga-bungaan dan lengkok gemalai kewanitaan sebagai sumber inspirasi, hiasan ini terdiri daripada bingkai gambar, kotak cincin, pisau kek, sudip kuih, pemegang dokumen, album foto dan gelas tinggi,” jelasnya.

Syair klasik

Sementara itu, bagi menyambut detik keriangan zaman kanak-kanak, Royal Selangor membawakan koleksi Wonderyears.

Koleksi ini menggabungkan watak-watak daripada sebuah syair klasik kanak-kanak hingga kepada watak menarik seperti Humpty Dumpty.

Menggabungkan daya khayalan seorang anak kecil, koleksi ini terdiri daripada sudu, kole, cawan telur dengan pemegang roti bakar, karusel muzik, pemegang dokumen, kotak duit, krib medalion dan lampu.


Dalam pada itu, rekaan yang ringkas dinamakan So meraikan pendekatan selesa untuk kehidupan moden.

Reka bentuk So terletak dalam fungsinya sebagai objek hiasan yang boleh ditempatkan di pejabat, rumah, almari perhiasan atau meja solek.

Ciri-ciri istimewa koleksi ini terletak pada lengkok-lengkok kemas rapi dan pertukangan halus antaranya talam, gelas minuman, peranggu perasa dan dua bekas bertudung.

Tambah Yoon Li, koleksi terakhir Crystalline pula menggunakan bentuk sesegi halus untuk mencetuskan keanggunan moden.

“Bentuk bersegi, permukaan bergilap dan garis-garis kasar yang menangkap dan memantulkan cahaya dapat melahirkan sebuah paparan atas meja yang memukau pandangan.

“Piuter bergilap kilat diatur seiring dengan kayu walnut hitam sejati menimbulkan kontras yang menarik, sekali gus memelihara permukaan bawah daripada garit dan calar,” ujarnya.

Crystalline terdiri daripada sepasang bekas untuk lilin kecil, peranggu perasa, pemegang lilin, vas tunas, jag dan kandil.

Barisan lengkap koleksi Musim Bunga 2016 tersebut boleh dilihat dan didapati di kedai Royal Selangor, wakil peniaga sah dan dalam laman web Royal Selangor.

Sumber: Kosmo! Online

About Royal Selangor

Today, the brand has grown from a cottage industry to a global brand. This fourth-generation family business has employees spanning the globe, from Kuala Lumpur and Singapore to Shanghai, London, Toronto, Melbourne, Hong Kong and Tokyo.

"With over 250 skilled craftspeople and a 40-strong in-house design team, we have expanded the uses of pewter, exploring its many possibilities from children's gifts and wine accessories to personal accessories such as cufflinks and flashdrives."
 
"Since 1885, our designers and craftsmen have expressed their love and understanding of the material by continuously pushing the envelope in pewter design while staying true to our heritage of craftsmanship."
 
Royal Selangor is also recognised for creating customised designs.

"In the sports arena, we are proud to have created spectacular trophies for the Formula One races in Malaysia, Singapore and China, Shanghai ATP 1000 Masters and the Sime Darby LPGA Malaysia Golf Tournament."

About Pewter

Pewter is an alloy composed primarily of tin. The world's fourth most precious metal after platinum, gold and silver, it becomes pewter with the addition of small amounts of antimony and copper.

Royal Selangor pewter consists of 92% to 97% tin, with a small proportion of copper and antimony added to strengthen the alloy – the highest international standard for pewter. All tableware products produced are food safe as Royal Selangor pewter is lead free.

Pewter’s unique characteristics, its low melting point and relative softness, makes it ideal for craftsmen and designers to work with. Loved for its versatility and feel, it can be fashioned in a variety of finishes – a traditional soft satin lustre, a dazzling brilliance that rivals silver or a subdued ‘antique’ finish.

Royal Selangor produces high quality cast pewter, which is heavier and stronger than spun pewter. When struck gently, it produces a resonant sound.