Muamalat Gold-i Bank Muamalat Malaysia

Bank Muamalat Malaysia Bhd. (Bank Muamalat), menyasarkan jualan sebanyak 320 kilogram emas melalui produk baharunya Muamalat Gold-i (MGi) yang bernilai RM56 juta bagi tahun kewang­an berakhir 31 Mac 2016.

Naib Presiden dan Ketua Bahagian Pengurusan Kekayaan Divisyen Perbankan Penggunanya, Nur Ain Ramli berkata, pihaknya telah menerima sambutan memberangsangkan bagi produk terbabit sejak prapelancaran pada 18 Januari lalu dan lebih 80 kilogram (kg) dengan nilai kira-kira RM14 juta telah dijual.

Katanya, produk terbaharu di bawah segmen pengurusan kekayaan tersebut pada mulanya disasarkan kepada pelanggan sedia ada, tetapi ia turut menarik pelabur-pelabur emas lain untuk membeli emas.

“Sejak diperkenalkan Januari lalu, kami sudah pun mempunyai lebih 300 pelanggan dengan jualan lebih 80kg emas. Kami sasarkan dapat menjual dalam kuantiti yang sama pada setiap suku bagi tahun kewangan semasa.

“Selain itu, kami juga mengunjurkan produk emas ini akan menyum­bang sebanyak 60 peratus kepada keseluruhan pendapatan yuran bank berikutan sumbangannya yang baik ketika ini iaitu hingga 40 peratus walaupun baru dua bulan setengah diperkenalkan,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas pelancaran MGi di sini hari ini. Bank Muamalat adalah ejen melalui pengedar rasmi The Perth Mint Australia untuk membekalkan bar emas 99.99 peratus yang mendapat peng­iktirafan London Bullion Market Association (LBMA).

Tambah Nur Ain, bar emas tersebut boleh dibeli di cawangan-cawangan Bank Muamalat dan boleh didapati pada lima, 10, 20, 50 dan 100 gram.

“Pembelian minimum bagi individu adalah sebanyak lima gram manakala bagi korporat adalah 10 gram,” ujarnya.

Sumber: Utusan Online


Apa itu Muamalat Gold-i?

Muamalat Gold-i adalah produk emas yang patuh Syariah di mana ia memberi peluang kepada pelanggan untuk menyertai pasaran komoditi logam bernilai. Pulangan anda adalah melalui kenaikan harga emas melalui pembelian awal anda.

Muamalat Gold-i tidak dilindungi oleh Perbadanan Insurans Deposit Malaysia.

Ciri-Ciri Muamalat Gold-i

Keluaran emas
-
 99.99%
Rakan niaga
-
Quantum Metal Sdn Bhd (Pengedar Sah The Perth Mint Australia)
Matawang
-
Ringgit Malaysia (RM)
Denominasi
-
5g, 10g, 20g, 50g dan 100g

Kaedah untuk Membeli Emas

Pelanggan akan membeli emas daripada pihak Bank (yang merupakan ejen kepada Quantum Metal Sdn Bhd) dan Certikad* Emas-i akan dikeluarkan bagi setiap transaksi belian oleh pelanggan.

Harga Jualan & Belian (Harga Emas)

Harga indikatif Jualan & Belian emas di dalam Ringgit Malaysia (RM) akan diumumkan setiap hari oleh pihak Bank dan akan dipamerkan di cawangan BMMB dan di laman sesawang.

Harga Jualan menandakan harga dimana pihak Bank menjual Emas kepada pelanggan. Harga Belian menandakan harga di mana pihak Bank membeli Emas daripada pelanggan.

Harga Belian sebenar akan dimaklumkan sebaik sahaja para pelanggan membuat keputusan untuk menjual emas tersebut. Jumlah harga jualan Emas tersebut akan dinyatakan di dalam Notis Penebusan berdasarkan kepada Harga Belian semasa oleh pihak Bank. Sebut harga yang dikeluarkan oleh pihak Bank tidak semestinya sama dengan sumber-sumber yang lain.

Transaksi Dagangan

Mengikut waktu dan hari bekerja biasa cawangan Bank Muamalat.

Sumber: Bank Muamalat