[CONTEST] Peraduan Mudah Menang Harian Metro 2016

Cara Menjawab:

1. Peserta perlu mengumpul penyertaan beserta kepala akhbar (masthead) setiap hari bermula Isnin hingga Sabtu dan kepilkan bersama borang penyertaan yang akan dikeluarkan di dalam akhbar Metro Ahad setiap minggu sepanjang tempoh peraduan.

2. Lengkapkan butir peribadi anda dan hantar ke: Peraduan Mudah Menang Harian Metro, P.O Box No. 10049, Pejabat Pos Besar, 50700 Kuala Lumpur.

3. Anda boleh menghantar seberapa banyak borang penyertaan yang anda mahu.

4. Ingat! Semua jawapan wajib menggunakan borang asli.

5. Peserta juga boleh menyerah sendiri borang terus ke Balai Berita, 31 Jalan Riong, 59100 Bangsar, Kuala Lumpur.

Syarat Penyertaan:

1. Peraduan ini terbuka kepada semua warganegara Malaysia berumur 17 tahun ke atas, kecuali kakitangan Media Prima, kumpulan syarikatnya dan keluarga terdekat kakitangan.

2. Peraduan ini akan berlangsung selama 6 minggu bermula dari 25 April 2016 sehingga 5 Jun 2016.

3. Hadiah yang ditetapkan tidak boleh ditukar dengan wang tunai atau hadiah lain.

4. Tarikh tutup peraduan adalah seperti beikut:
  • Minggu 1 : 4 Mei 2016 sebelum jam 3 petang
  • Minggu 2 : 11 Mei 2016 sebelum jam 3 petang
  • Minggu 3 : 18 Mei 2016 sebelum jam 3 petang
  • Minggu 4 : 25 Mei 2016 sebelum jam 3 petang
  • Minggu 5 : 01 Jun 2016 sebelum jam 3 petang
  • Minggu 6 : 08 Jun 2016 sebelum jam 3 petang

5. Harian Metro berhak menukar hadiah kemenangan dengan hadiah-hadiah lain yang sama nilainya tanpa memberi notis awal.

6. Bukti penghantaran pos tidak boleh dijadikan bukti penyertaan.

7. Harian Metro berhak menggunakan gambar, nama, alamat, informasi, dokumen mengenai pemenang dan rakaman temubual untuk tujuan pengiklanan dan promosi dari semasa ke semasa tanpa sebarang bayaran / saguhati kepada pemenang.

8. Keputusan hakim peraduan adalah muktamad dan segala surat menyurat tidak akan dilayan.

9. Jawapan hendaklah ditulis dengan terang menggunakan huruf besar.

10. Semua hadiah mesti dituntut pada atau sebelum 29 Jun 2016 11. Semua hadiah yang tidak dituntut selepas 29 Jun 2016 akan dibatalkan oleh penganjur dan segala tuntut an tidak akan dilayan selepas tarikh tersebut.

Pemilihan Pemenang

1. Setiap minggu, enam pemenang mingguan akan berpeluang memenangi wang tunai RM500 setiap seorang dan seorang peserta dengan penyertaan paling kreatif akan memenangi RM1,000.

2. Nama pemenang mingguan akan disiarkan di Harian Metro pada hari Rabu, seminggu selepas tarikh tutup peraduan.

3. Peserta dan pemenang adalah tertakluk kepada Notis Perlindungan Data Peribadi yang terdapat di laman web Media Prima.

Sumber: myMetro