Sabun Eczema Mega Cure & Care Malaysia

Ibu bapa mana yang sanggup melihat anak-anak mereka selalu luka, gatal, bernanah dan tidak selesa akibat penyakit ekzema, sehinggakan terpaksa berulang-alik ke hospital untuk mendapatkan rawatan.

Itu yang ditanggung oleh Faridah Anum Mohd. Salim, 40, yang berasal dari Johor Baharu, Johor, apabila dua anaknya, iaitu anak sulung dan keempat mengalami masalah kulit akibat ekzema, manakala yang lain berhadapan dengan masalah alahan.

Anak sulungnya, Muhammad Luqman Hadri Hasri, sembuh daripada ekzema ketika berumur lapan tahun, manakala seorang lagi, Hadi Hasri, 6, yang menghidap ekzema kronik kini hampir 95 peratus sembuh setelah konsisten menggunakan sabun rawatan keluaran syarikatnya.

Mempunyai lima cahaya mata berumur setahun hingga 16 tahun, ibu ini memberitahu, banyak berhabis duit untuk membeli pelbagai produk mandian mahupun krim sapuan yang boleh memberi manfaat kepada penyakit anaknya itu.

Selain itu, pelbagai pengamal dan petugas kesihatan yang ditemui bagi mencari jalan mengubati anaknya.

“Malangnya semua tidak berhasil, sehinggalah saya merujuk kepada seorang pakar perubatan yang memberi panduan menggunakan kaedah tertentu untuk merawat anak saya.

“Kaedah tersebut kemudian terjemahkan dalam bentuk sabun mandian emolien yang saya beri nama Eczema Soap (formulated cleansing bar) dan saya hasilkan secara komersial melalui syarikat saya, Mega Cure&Care,” katanya.

Faridah nekad menghasilkan sabun jenama sendiri khusus untuk merawat ekzema selepas melakukan fasa penyelidikan dan pembangunan (R&D) selama enam bulan.

“Penghidap ekzema ini memang kita kena kawal segalanya, termasuk pemakanan, kebersihan dan air yang digunakan. Makanan yang boleh menyebabkan kegatalan tidak boleh langsung dimakan.

“Anak-anak saya sekiranya makan makanan laut pasti esoknya tidak dapat ke sekolah kerana serangan ekzema. Tahap ekzema mereka agak kritikal sehinggakan saya terpaksa berhenti kerja untuk menguruskan anak-anak.

“Anak-anak saya menderita ekzema seawal usia mereka tiga bulan dan menanggungnya sehingga ke usia remaja.

“Ekzema adalah penyakit keturunan dan penyakit ini hanya boleh dikawal tetapi tidak dapat disembuhkan sepenuhnya.

“Pesakit perlu menggunakan sabun pembersih yang betul yang tinggi imolien dan kandungan pH 9.8, iaitu khusus untuk ekzema dan beralkali tinggi. Kandungn pH ini adalah yang paling terbaik untuk memulihkan kulit.

“Biarpun pada mulanya saya tiada niat untuk mengkomersialkan sabun ini, tetapi demi membantu orang lain, saya mengambil keputusan untuk memasarkannya.

“Sabun ekzema ini saya keluarkan sejak Januari lalu dan setakat ini mendapat permintaan yang menggalakkan. Ada pengguna yang berhadapan dengan penyakit sama memberitahu, sabun tersebut sudah menunjukkan kesan penyembuhan seawal dua ke tiga hari penggunaannya,” katanya.

Faridah berkata, biarpun tidak mudah untuk sembuh sepenuhnya, penggunaan sabun yang betul boleh membantu mengurangkan kesan radang kemerah-merahan, tidak merebak dan dapat mengawal ekzema.

Memang sesetengah kes agak lambat menunjukkan kesan kerana mungkin penghidapnya telah lama menghidapnya, tetapi sabun tersebut masih tetap membantu.

Apapun, dia bersyukur biarpun baru beberapa bulan di pasaran, pelanggan memberi respon yang baik, termasuk seorang lelaki yang mengalami gatal yang teruk akibat ekzema beransur sembuh dengan hilang kesan kemerahan hanya selepas penggunaan pertama dan lenyap pada hari kedua pengunaannya.

Bukan itu sahaja, terdapat juga pengguna yang sembuh daripada penyakit kulit psioriasis, jerawat dan memutihkan muka.

Bagi mereka yang mahu mendapatkan maklumat mengenai sabun untuk ekzema yang diluluskan oleh Kementerian Kesihatan ini, boleh menghubungi talian 013-7797710, atau facebook Farida Salim atau Mega Cure & Care Malaysia.

Sabun ini berharga RM70 di Semenanjung Malaysia dan RM80 di Sabah dan Sarawak.

Antara bahan-bahan terkandung dalam Eczema Soap (formulated cleansing bar) ini ialah aqua, minyak kelapa dara, ekstrak aloe vera dan gliserin.

Kebaikan sabun ini juga boleh digunakan untuk melembapkan tubuh dan boleh digunakan pada wajah dan badan.

Gliserin yang terdapat dalam sabun membantu melembapkan kulit tanpa ada liang-liang pori yang tersumbat. Tidak mengandungi parabens, atau bahan-bahan minyak asas petrol atau haiwan.

Sumber: Utusan Online