Shawl Labuh Ameena Exclusive

Direka bagi membantu Muslimah untuk bergaya dengan pelbagai cara dan lilitan menarik, namun tetap mematuhi syariah, menjadikan koleksi selendang ini lain daripada yang lain.

Nauraa daripada Ameena Exclusive didatangkan dalam saiz dua meter x 0.7 meter membuatkan penampilan si manis lebih menawan dengan menutup bahagian dada dan belakang dengan sempurna.

Menurut pengasas Ameena Exclusive Nuzurul Huda Zam Hasri, koleksi itu terhasil bagi membantu Muslimah yang mahu tampil cantik menggayakan selendang labuh.

Menurutnya, atas faktor itu, pihaknya mengeluarkan lebih 20 warna menarik termasuk warna pastel dan terang bagi memberi pilihan kepada wanita bergaya dengan selendang labuh yang cantik.

“Selendang ini dihasilkan menggunakan fabrik yang mudah dibentuk pada wajah, tidak panas dan tak mudah berkedut dalam warna menarik.

“Harga yang ditawarkan juga amat berpatutan iaitu RM35 sehelai,” katanya.


Nuzurul Huda berkata, material selendang yang lembut dan mudah dipakai itu tidak akan berbulu selepas dibasuh.

Masalah fabrik berbulu selepas beberapa kali dicuci menjadi masalah besar kebanyakan wanita kerana ia boleh mencacatkan penampilan.

“Semua golongan usia sesuai menggayakan selendang Nauraa ini terutama bagi remaja berusia 15 tahun hingga ke wanita berusia lingkungan 50-an.

“Oleh kerana ia direka sepanjang dua meter, jadi pengguna tidak perlu bimbang untuk melilitnya mengikut gaya yang disukai.

“Ia cukup panjang untuk dilabuhkan di depan dada dan belakang badan,” ujarnya.

Menurut Nuzurul Huda, ia juga sesuai digayakan di semua lokasi dan acara disebabkan fabriknya yang sejuk.

Maklumat lanjut berkaitan selendang Nauraa boleh didapati dengan melayari laman Instagram @ameena.exclusive atau @gadgets_site.

Sumber: myMetro