Super Tank - Alat Pencegah Kebakaran Kereta

Peka akan keperluan mencegah berlakunya kebakaran kenderaan terutamanya ketika mengisi petrol di stesen minyak, AAN Garage sedang giat memasarkan sebuah produk inovatif khas dikenali sebagai Super Tank bagi menyelesaikan masalah tersebut.


Pemilik bengkel automotif berkenaan, Azanil Amri Thalip berkata, produk edaran syarikatnya itu telah melalui sesi ujian terlebih dulu oleh beberapa agensi sebelum memasarkannya.

Antara agensi yang dikatakan memiliki kuasa untuk meluluskan penjualan produk keselamatan sepertinya ialah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM)serta Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).

Tampil menerangkan lebih lanjut tentang fungsi tawaran Super Tank itu, Azanil memberitahu, tarikan utama produk tersebut terletak pada keberkesanan mengelakkan kebakaran berlaku sekali pun api dinyalakan di bahagian tangki petrol kenderaan.

Penulis yang tidak percaya dengan dakwaan yang dilontarkan Azanil itu lantas mencabar beliau untuk melakukan demonstrasi di hadapan mata penulis sendiri dengan bersaksikan jurugambar.

Ternyata, Azanil tidak bergurau dengan apa yang diperkatakan kepada Garaj.

Sebaik sahaja produk baharu itu dimasukkan ke dalam tangki bekalan bahan bakar kenderaan milik pelanggannya, Azanil meminta isterinya, Normala Nordin, 34, untuk menyalakan api di bahagian paling berisiko untuk meletup itu.

Memang benar seperti yang didakwa, kereta jenis Proton Wira tersebut tidak meletup atau terbakar.

Berdasarkan hasil keputusan yang diperoleh, penulis percaya bahawa produk tersebut dihasilkan menggunakan bahan yang menjalankan fungsi nyah aktif molekul mudah terbakar bahan api seperti petrol itu.

Super Tank yang dikilangkan di negara China itu diperbuat daripada gentian aluminium kalis haba.
 Menurut Azanil, pihaknya optimis untuk memasarkan produk keluarannya itu kerana ia mampu mengurangkan risiko letupan kenderaan.

Selain itu, penulis difahamkan Super Tank perlu dipasangkan sekali sahaja dan tidak memerlukan pengguna menggantikan produk tersebut berulang-ulang kali kecuali jika pengguna mengesan berlaku insiden kebocoran tangki bekalan bahan bakar.

Sebagai permulaan, AAN Garage menawarkan harga serendah RM158 bagi setiap satu pek Super Tank khas bagi pengguna yang berminat.

Pakej pembelian tersebut turut disertakan sekali dengan jaminan atau waranti selama sebulan daripada AAN Garage sendiri.

Mereka yang berminat untuk mendaftar sebagai wakil jualan Super Tank boleh menghubungi Azanil di talian 017-391 9278 atau 017-6971 802.

Pengguna yang ingin menggunakan produk itu perlu mendengar penerangan ringkas terlebih dulu bagi mengelakkan kejadian tidak diingini berlaku.

Sumber: Kosmo! Online