Dari Jururawat ke Usahawan MLM Secret Correa

Ibu yang paling kuat ‘menghalang’ apabila wanita muda ini menyatakan hasratnya untuk berhenti kerja sebagai jururawat dan memberi fokus kepada dunia perniagaan.


Ibu terlalu bimbang dia kehilangan kerjaya yang sudah hampir enam tahun dilakukannya.

Bahkan seboleh-bolehnya si ibu tidak mahu dia meninggalkan jawatan sebagai kakitangan kerajaan.

Dia sendiri pun berbelah bahagi, apatah lagi tempoh bertugas itu sudah membuatkannya ‘sayang’ untuk meninggalkan pesakit dan rakan sejawat di hospital kerajaan.

Bagaimanapun, keputusan perlu dilakukan kerana minatnya terhadap dunia perniagaan sangat mendalam selain hasrat untuk mengubah nasib keluarga.

Nor Azila Mohamad Azmi, 30, mengakui ketika masih bergelar jururawat, masa seng­gangnya banyak diluangkan dengan mencari peluang bisnes sehingga ia terbabit dalam sebuah perniagaan MLM. Masanya terpaksa dibahagikan antara karier dengan bisnes

“Saya tidak mempunyai ramai kawan ketika bertugas di hospital kerana masa saya sangat terhad. Tiada masa untuk lepak bersama rakan walaupun mereka sering mengajak keluar sama-sama, karaoke atau sebagainya,” katanya.

Namun ketika bisnes semakin berkembang, Nor Azila terpaksa melepaskan jawatan ‘merawat’ pesakit demi mengejar impiannya.

"Saya belajar banyak mengenai bisnes dan kehidupan. Pernah saya memanjat tingkat satu hingga lapan di jabatan kerajaan untuk mengedar risalah. Walhal ketika itu saya sedang hamil enam atau tujuh bulan.

“Saya juga pernah buat ‘kerja gila’ berkampung empat hari di kawasan pedalaman Sabah di Tambunan, meredah Sungai Kalimantan selama empat jam demi menemui prospek MLM dan sebagainya.

“Ditolak mentah-mentah adalah perkara biasa bagi orang bisnes dan itu yang membuatkan saya semakin kental untuk lebih berjaya.

“Saya sedar keadaan ekonomi masyarakat Melayu yang jauh ketinggalan dan itu yang menambahkan lagi semangat saya untuk memajukan diri serta orang ramai dalam mempertingkatkan tahap ekonomi masing-masing.

“Saya terpaksa membuat pinjaman untuk memulakan bisnes MLM itu, tetapi saya tidak menyesal kerana itu adalah pelaburan untuk ilmu,” kata Nor Azila yang bertemu suaminya ketika terbabit dalam perniagaan multilevel itu.

Menurutnya, dia beruntung dipertemukan dengan Hairul Anuar Zainuddin, 31, kerana ‘kepala’ mereka sehaluan dalam bidang sama. Mereka sepakat untuk mempunyai produk sendiri.

“Suami adalah tulang belakang saya dalam bisnes. Tanpa sokongan, doa dan restu dia, mungkin saya tidak sampai ke tahap hari ini,” kata ibu kepada dua cahaya mata, Nur Zara Sophea, 4, dan Nur Adellia Uzma, 2.

Menurut Azila yang boleh dihubungi menerusi laman web Secret Correa, beliau bersyukur kerana jerih payah selama lebih setahun membina jaringan bisnes dan meyakinkan ejen serta stokis dengan Secret Correa membuahkan hasil.

Selepas bertahun dalam MLM, mereka berdua kini berbangga dengan kewujudan syarikat SC Global Resources Sdn Bhd. Hairul Anuar yang dulu bekerja sebagai pegawai kerajaan kini bergelar pengarah operasi di syarikat mereka yang ditubuhkan Oktober 2014.

SC Global Resources bermula dengan produk pertama, losyen kurus sejuk, Secret Correa. Ia losyen sejuk pertama di Malaysia untuk membantu memecahkan lemak.

Menurut usahawan muda ini, idea menubuhkan syarikat sendiri tercetus ketika lawatannya ke Seoul, Korea dua tahun lalu.

Nor Azila yang juga dikenali dalam kalangan ejen dan pengikut sosial medianya sebagai CPA (Cik Puan Azila), ketika itu dia melihat kebanyakan orang Korea terutama wanita berbadan langsing.

“Saya teringat orang Malaysia yang tidak begitu. Lalu tercetus idea membantu wanita negara ini untuk kelihatan cantik dan kurus dengan mudah. Biasanya losyen kurus ini panas dan pijar, kadang-kadang boleh merengsakan kulit.

“Produk kami dihasilkan daripada formula teknologi Korea dan dikilangkan di Malaysia dan Kementerian Kesihatan,” katanya yang menjual 7,000 hingga 10,000 botol Secret Correa sebulan.

Wanita kelahiran Pantai Remis, Perak ini bersyukur dengan pencapaian syarikatnya yang baru berusia setahun.

Ia bukan saja satu kejayaan baginya, malah dapat membantu ejen menambah pendapatan selain merealisasikan impian wanita untuk tampil langsing.

“Di dalam bisnes, saya belajar cara menambah nilai hidup orang lain. Selain membantu pengguna, saya juga memberi peluang perniagaan kepada ejen untuk berniaga.

“Malah, saya bangga, ada antara mereka yang pada mulanya sekadar mencuba kini berjaya mempertingkatkan taraf hidup. Alhamdulillah!,” katanya.

Kejayaan ini juga mengubah pandangan ibu bapanya terhadap dunia perniagaan.

“Memang ibu menghalang pada awalnya, tetapi saya membuktikan perniagaan mampu mengubah nasib keluarga kami. Saya bukan daripada keturunan keluarga bisnes, bahkan dua lagi kakak saya juga jururawat, tetapi saya mahu pecah­kan tradisi itu.

“Bukan kerjaya jururawat tidak bagus, ia suatu karier yang mulia, tetapi saya mahukan lebih daripada itu. Saya mahu membantu ekonomi keluarga dan masyarakat. Sekarang, saya turut membantu orang lain untuk sama-sama menambah pendapatan de­ngan berniaga.

“Daripada duit berniaga ini juga, saya dapat membantu ramai orang dan akan menghantar ibu dan ayah ke Makkah menunaikan umrah. Bukan mahu menunjuk-nunjuk, tetapi ini adalah satu pencapaian,” katanya memberi tahu SC Global Resources kini dalam proses mengeluarkan produk keduanya iaitu Pine Bark Collagen.

Cabaran ekonomi 2016

Nor Azila menyedari bukan sahaja negara, malah seluruh dunia berdepan cabaran ekonomi. Cabaran ini membuatkan jiwanya terkesan kerana impaknya begitu besar kepada keluarga berpendapatan rendah.

Katanya, gabungan pendapatan suami dan isteri belum tentu dapat menampung keperluan keluarga terutama bagi mereka yang mempunyai anak bersekolah.

“Tambahan pula keadaan kenaikan harga barangan dan perkhidmatan yang seolah tiada henti ini, ramai yang turut merasa kesannya.

“Saya juga pernah hidup susah, tetapi pengalaman saya di dalam bisnes ini menyedarkan saya cara paling mudah untuk keluar daripada kekangan ekonomi.

“Bagi saya, bisnes adalah jalan terbaik untuk mereka menambahkan pendapatan dan saya bersedia untuk membantu sesiapa yang ingin belajar.

“Saya juga menyediakan bengkel latihan untuk ejen baru bagi yang benar-benar serius dan komited dalam bisnes.

“Hampir 90 peratus ejen saya adalah golongan pekerja dan mereka sebelum ini pun tidak pernah berniaga. Yang penting mereka ada ilmu dan mentor yang sentiasa memberi bimbingan sehingga berjaya.

“Apabila bisnes berjaya, bukan kita saja yang gembira, ibu bapa pun tumpang bahagia,” katanya.

Sumber: myMetro