Nikmat Kecil Rasa Hebat Dadih Frozen Llaollao

Llaollao, jenama yogurt atau dadih sejuk beku nombor satu di Eropah dan Asia ingin menggalakkan rakyat Malaysia mengamalkan gaya hidup sihat dengan memperkenalkan pilihan makanan rendah lemak dan kalori namun tinggi khasiat dan rasa.


Untuk itu, llaollao bukan sekadar pencuci mulut atau snek, tetapi lazat dan berkhasiat serta boleh dijadikan satu sajian penuh.

Disebut sebagai Yao Yao, llaollao dihasilkan secara segar di kedai. Diperbuat daripada susu skim hanya sebelum ia dihidangkan, satu tab dadih llaollao mengandungi 46 peratus daripada jumlah kalsium harian yang disyorkan.

Walaupun llaollao rendah lemak, rendah kalori dan tanpa gluten, kemewahan rasa dadih yang berkrim tidak terjejas.

Untuk mempelbagaikan perisa, llaollao menawarkan beraneka jenis rasa seperti buah-buahan segar, sos dan kerangupan bijirin, bijian berkaramel, muesli dan kacang. la juga boleh dihidangkan dengan kegemaran klasik seperti KitKat, Oreo, Toblerone dan Chips Ahoy.

Kebanyakan perisa rangup dan sos yang diimport dari Eropah ini tidak dijual di pasar raya tempatan.

Malah, untuk memastikan ia menarik, menu perisa ini akan sentiasa bertukar selaras perubahan musim.

Berteraskan slogan Nikmat Kecil, Rasa Hebat, kehalusan dan kesegaran llaollao dihidangkan dalam pelbagai cara iaitu Tubs, Sensations, Granillao, Sanum dan Smoothies.

Produk utama iaitu Sanum adalah parfait dadih yang terdiri daripada tiga lapisan buah-buahan dan dua lapisan rangup dan ditambah dengan sos pilihan anda.

Menurut Pengarah Petra Empire Sdn Bhd Tan Kai Young, llaollao adalah perintis bukan saja dalam memperkenalkan dadih sejuk beku ke merata dunia, tetapi juga perintis dalam mencapai formula yang lazat dan tulen dengan rasa dadih sebenar.

“Aspirasi kami untuk menjadi jenama dadih nombor satu di Malaysia dengan memberikan pengguna pilihan makan yang sihat. Kami percaya nikmat kecil ini boleh mencapai rasa yang hebat,” katanya.

Kisah kejayaan llaollao bermula pada 2009 di Sepanyol. Dalam tempoh dua tahun, lebih daripada 100 cawangan dibuka di seluruh dunia.

Hari ini, llaollao boleh didapati di 200 cawangan di 26 negara di benua Eropah, Asia, Amerika Selatan dan Afrika.


Cawangan llaollao yang pertama di Malaysia dibuka di Pavilion Kuala Lumpur pada 19 Oktober tahun lalu dan mendapat sambutan hangat apabila pengguna beratur bagi merasai sendiri dadih yang terkenal di dunia.

Cawangan kedua dibuka di Mid Valley Megamall pada 2 Disember tahun lalu juga mendapat sambutan yang amat meng­galakkan.

“Kami komited kepada pasaran Malaysia dan merancang untuk membuka 35 lagi cawangan menjelang akhir 2018. llaollao menempa kejayaan besar di Singapura dan kami yakin dapat mengulangi kejayaan itu di sini kerana gaya hidup pengguna di kedua-dua negara adalah setara,” katanya.

Berdasarkan trend global, pengguna mula beralih ke arah produk yang diperbuat daripada bahan-bahan semula jadi. Begitu juga di Malaysia, pengguna semakin sedar mengenai penjagaan kesihatan, namun tetap mementingkan rasa.

“Dengan llaollao, anda dapat merasai produk yang hebat serta membentuk diet seimbang menerusi bahan semula jadi namun lazat,” katanya.

Sumber: myMetro