i-Kiosk Solar Penjaja Bandar

Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) menyediakan 100 kiosk solar bernilai keseluruhan lebih RM1 juta untuk membantu penjaja bandar menjana pendapatan di seluruh negara.

 
Timbalan Ketua Setiausaha KPKT, Datuk Halimi Abd Manaf berkata, kiosk solar itu hanya akan diserahkan oleh pihak berkuasa tempatan (PBT) selepas membuat pemilihan penjaja bandar yang layak untuk memulakan perniagaan.

Beliau berkata, setiap kioks berharga RM10,000 itu dihasilkan menggunakan komposit selain menggunakan teknik hijau yang bersih dan akan menjadikan kawasan tapak perniagaan itu bersih dan selesa kepada penjaja terbabit.

"Kiosk solar ini adalah yang pertama di negara ini dan dihasilkan dengan kerjasama pihak Universiti Malaya untuk membantu golongan penjaja bandar di negara ini.
"Penggunaan tenaga solar ini dapat membantu peniaga menjimatkan kos elektrik sekurang-kurangnya sembilan jam sehari dan boleh dicas semula di bawah cahaya matahari dalam tempoh antara tiga jam," katanya ketika ditemui pada Majlis Penyerahan Kiosk Penjaja Bandar di Majlis Bandaraya Alor Setar (MBAS).
 
Halimi berkata, sebagai permulaan, MBAS menerima sembilan kiosk solar yang akan diagihkan kepada sembilan penerima iaitu tiga di Alor Setar dan enam di Pokok Sena.

Sumber: myMetro


UM Power Energy Dedicated Advanced Centre (UMPEDAC)

Solar i-kiosk is a collaboration project between UMPEDAC and local industry, Genius Wisdom Sdn. Bhd.

To introduce a modern business concept, the kiosk will be used by traders and businesses in Kedah with a purpose of using solar energy instead of generators, which emit noise and air pollution, to produce electricity.

Source: UMPEDAC