Produk Herba NR

Selama lebih 20 tahun jenama NR berada di pasaran dengan pelbagai produk, khusus membantu merawat kesihatan dengan berasaskan herba, kini semakin melebarkan sayapnya dalam bidang pemasaran menerusi pertambahan pelbagai produk sepanjang tahun ini dan tahun depan.


Tambahan, dengan terbinanya sebuah lagi kilang baharu, di Kedah tidak lama lagi, diyakini dapat menampung pengeluaran selaras dengan pertambahan kuantiti pengeluaran produk berkenaan yang tidak lagi mampu ditampung oleh kilang yang sedia ada.

Jenama NR, dipasarkan menerusi MISB Resources Sdn. Bhd., syarikat yang ditubuhkan pada tahun 2004, mendapat pengiktirafan Good Manufacturing Practice (GMP) dan terkenal dengan set Produk Bersalin Herbanika, yang mengandungi enam produk iaitu Phytonatal, Akar Herbanika, Herbanika Lulur, Herbanika Barut, Minyak Herbanika dan Uncang Cuci Herbanika.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif MISB Resources Sdn. Bhd., Syed Hidzir Tan Sri Datuk Syed Agil Barakbah, set ini yang pada asasnya dijual secara berasingan akan disatukan bawah satu pakej dengan menambah beberapa item baharu di dalamnya yang berbentuk premium set untuk memudahkan ibu-ibu bersalin mendapatkan bahan perapian bagi rawatan tubuh, terutama penambahan bengkung yang amat diperlukan ibu-ibu.

Produk-produk lain termasuk, Minyak Bayi Ommey, yang akan dipasarkan bulan hadapan.

“Ketika ini terdapat 22 produk berasaskan herba dan pada tahun depan akan muncul kira-kira 20 produk lagi bagi meluaskan pasaran jenama NR.

“Antara produk yang terdapat di pasaran hari ini ialah Labio Wash & Intim, rangkaian pembersih dalaman, rangkaian pelembap dan penyegar dalaman, rangkaian penjagaan luaran, pelbagai produk kesihatan untuk lelaki dan wanita.

Syarikat juga bakal mengeluarkan Nourrish, iaitu rangkaian produk kecantikan terdiri daripada pembersih muka, Hydrating Essence Serum, Vitamin C Serum, Instant Lifting dan Anti-ageing Serum.

“Kami melakukan penyelidikan dan pembangunan produk sendiri, juga ada yang bekerjasama dengan institusi pengajian tinggi dalam melakukan penyelidikan.

Biarpun pusat pengilangan kami di Kedah, namun bahagian pembangunan pengeluaran dan pemasaran, kami lakukan di Sri Hartamas, Kuala Lumpur.


“Syarikat ini dibangunkan sepenuhnya oleh Bumiputera, seratus peratus halal, menggunakan hanya herba-herba terpilih, bahan-bahan herba dan tidak menggunakan sebarang unsur terlarang dan kimia,” kata beliau.

Dalam pada itu, Syed Hidzir memberitahu, apa yang menarik mengenai produk-produk NR, pelanggan-pelanggan yang menggunakannya turut ditawarkan Pusat Rawatan NR yang terletak di No. 12A, tingkat 1, Jalan Tun Mohd. Fuad 1, Taman Tun Dr. Ismail, Kuala Lumpur, yang memberikan khidmat bantuan rawatan sakit puan kepada wanita yang memerlukan penerangan dan perkhidmatan perubatan, khususnya dalam bidang rawatan tradisional dan herba-herba.

Pihaknya menyediakan jururunding bertauliah untuk menjawab pelbagai persoalan yang dirujuk oleh setiap pelanggan mengenai tata cara penggunaan produk-produk herba berkenaan.

“Ini termasuk persediaan bagi wanita mengandung, rawatan kesihatan, berurut, penjagaan dalam pantang, spa dan juga mandian khusus untuk bakal pengantin bagi menaikkan seri. Ini antara lain khidmat sokongan daripada kami kepada pelanggan.

“Selalunya syarikat lain hanya menjual produk tanpa menerangkan apa yang perlu dilakukan dengan produk berkenaan, berbeza dengan kami yang menawarkan perkhidmatan seperti ini demi kepentingan pelanggan kami,” kata beliau.

Sumber: Utusan Online